ZANJAN (Iran) - Iran akan memulakan pemberian vaksin Covid-19 kepada kanak-kanak dan remaja, berusia enam hingga 18 tahun dalam masa dua minggu lagi, lapor Agensi Berita IRNA.
"Iran dalam fasa akhir mengimport vaksin khas untuk anak-anak dan langkah penting itu akan segera kita laksana," kata wakil Menteri Kesihatan dan ketua Pusat Pengurusan Kementerian Kesihatan, Dr Jaafar Sadeq Tabrizi pada sidang akhbar.