Kerajaan sentiasa pastikan kebajikan warga ATM terbela: PM

Iklan
Ismail Sabri. - Foto fail Bernama

KUALA LUMPUR - Kerajaan sentiasa memastikan kebajikan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terbela dan disanjung atas khidmat bakti yang besar kepada negara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menerusi hantaran di laman Facebook beliau bersempena Hari ATM ke-88 hari ini, Ismail Sabri berkata, pengorbanan warga ATM selama ini amat besar dalam memastikan keselamatan rakyat dan kedaulatan tanah air terpelihara.

Iklan
Iklan

"Bukan sedikit dipertaruhkan demi negara, malah air mata, darah, keringat, hatta nyawa mereka sendiri.

Terima kasih kepada seluruh warga ATM atas pengorbanan yang tidak terhingga ini," katanya.

Iklan

Ismail Sabri berkata, ATM juga sentiasa bersiap siaga menerusi pelaksanaan pelbagai eksesais yang bukan sahaja menguji ketahanan fizikal, taktikal, penggunaan aset, tetapi juga kesediaan mental para perwira ATM. - Bernama

Iklan