JEPUN - Akibat merosakkan ratusan koleksi patung figura atau patung super hero karektor kartun, seorang kanak-kanak disaman kira-kira RM150,000 oleh bapa saudaranya.
Kejadian itu berlaku semasa keluarga itu menumpang di rumah lelaki tersebut setelah menghadiri majlis pengebumian nenek mereka.
Lelaki itu terkejut apabila mendapati kesemua koleksi patungnya patah dan berselerak walaupun disimpan di dalam bilik.
Kanak-kanak itu bagaimanapun telah meminta maaf namun lelaki itu sangat kecewa sehingga melutut melihat kesemua koleksinya berharga ribuan ringgit musnah sekelip mata.
Berang dengan kejadian itu, lelaki itu akhirnya menuntut saman rugi kepada keluarga berkenaan.
Namun keluarga itu tidak berpuas hati dan hanya memberi alasan anaknya itu masih kecil.
"Dia masih kecil dan tidak tahu apa-apa... malah takkan ganti rugi sampai ratusan ribu ringgit?".
Menurut portal cocomy, jumlah kerugian kira-kira 4 juta yen (RM145,845) namun tidak termasuk 38 patung yang musnah, 41 patung edisi terhad, 33 CD, 45 buku dan komputer turut rosak.
Sungguhpun begitu, akhirnya ibu kepada kanak-kanak itu akur setelah lelaki tersebut menunjukkan harga koleksi seperti miliknya yang dijual di laman web Amazon mencecah ribuan ringgit.
Dalam pada itu, kanak-kanak tersebut dihukum dan lelaki itu juga tidak membenarkan sesiapa pun menumpang di rumahnya lagi. - Cocomy