Dua sahabat mengaku tak salah milik modem internet tanpa piawaian

Iklan

PETALING JAYA - Dua sahabat dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan memiliki modem internet yang tidak mengikut piawaian Sirim Bhd.

Penghantar makanan, Hong Chung Hing dan penyelia tapak, Hoo Kah Choon, kedua-duanya berusia 33 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Mabel S. Muttiah.

Iklan
Iklan

Mereka didakwa memiliki satu peranti internet tanpa wayar yang tidak mengikut piawaian di tepi Jalan Putra Permai, Seri Kembangan, di sini pada 12 tengah hari, 27 Februari lepas.

Pertuduhan mengikut Seksyen 239(1)(b) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Iklan

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Noor Mawarni Abd Halim menawarkan jaminan masing-masing RM10,000 dengan seorang penjamin bagaimanapun peguam Datuk Suraj Singh memohon jaminan rendah atas alasan anak guamnya tidak berkemampuan.

Mahkamah membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan melaporkan diri ke balai polis berhampiran sebulan sekali dan menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga kes selesai dan 8 April ditetapkan untuk sebutan semula kes.

Iklan

Difahamkan, peranti yang tidak diiktiraf oleh pihak SIRIM itu digunakan oleh segelintir Along untuk menghantar pesanan ringkas mengenai iklan pinjaman tidak berlesen mereka.- Bernama