SEREMBAN - Kerajaan Negeri Sembilan menawarkan insentif RM1,000 kepada setiap pelajar baharu kelahiran negeri itu yang melanjutkan pengajian di Kolej Akademi Yayasan Negeri Sembilan (KAYNS) bermula 1 Ogos lalu.
Menteri Besarnya, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, ia sebagai usaha menggalakkan anak-anak negeri itu menceburi bidang kemahiran teknikal dan vokasional (TVET).