Jalan raya jadi lubuk duit

Iklan
Persimpangan lampu isyarat di Pekan Bukit Payong menjadi pilihan peniaga jalanan ini.

MARANG - Berisiko tapi lumayan.

Demikian gambaran dapat diberikan kepada peniaga jalanan yang terpacak di pembahagi jalan menjalankan perniagaan makanan secara bergerak berhampiran lampu isyarat utama, di sini.

Iklan
Iklan

Dari jauh, kelihatan peniaga jalanan yang terdiri daripada anak-anak muda ini berjalan di sisi kenderaan apabila lampu isyarat merah sambil membawa poster dan jeruk mangga atau bebola daging.

Mereka menjaja makanan pada kadar RM10 sebekas itu dari sebuah kereta ke kereta di simpang lampu isyarat manakala stok bekas makanan turut diletakkan di tepi jalan tidak jauh dari situ.

Iklan

Namun, rata-rata peniaga yang ditemui mendedahkan mereka hanya bekerja dengan mengambil komisen sebanyak RM50 bagi setiap 30 bekas jeruk mangga atau bebola daging dijual.

Agak mengejutkan apabila salah seorang pemuda yang ditemui mendedahkan mereka mampu memperoleh komisen lumayan sehingga RM100 dalam tempoh hanya beberapa jam sahaja.

Iklan

Afiqhazwan Sufian, 20, berkata, setiap 30 bekas bebola daging yang dijual memperoleh komisen sebanyak RM50 dan mampu menjual kira kira seratus bekas dalam tempoh beberapa jam.

"Tapi, bukan senang nak senang, kami lakukan pekerjaan ini untuk mencari wang saku membiayai keperluan kami dan keluarga. Memang letih, panas tapi kami tetap harungi sedaya upaya.

"Semakin kita mengejar komisen semakin tinggilah cabaran. Tapi saya hanya bersabar berhadapan dengan pengguna jalan raya dan kadang kala dengan kerenah penguat kuasa," katanya.

Pengguna jalan raya, Mohd Halim Jusoh, 46, yang ditemui pula berkata, perniagaan jalanan adalah lubuk emas kerana mereka tidak perlu membayar sewa, hanya perlu menanggung kos produk sahaja.

"Lokasi persimpangan lampu isyarat yang ramai pengguna seperti di Pekan Bukit Payong sekarang juga menjadi pilihan mereka. Jadi, tak hairanlah semakin hari semakin ramai peniaga ini," katanya.

Abdul Halim juga tidak terkejut apabila dimaklumkan peniaga peniaga jalanan terbabit mampu meraih pendapatan lumayan kerana katanya, berniaga di jalanan adalah lubuk duit sebenarnya.