Banjir: Dua PPS di Sabah ditutup

Iklan

KOTA KINABALU - Jumlah mangsa banjir di Sabah berkurangan kepada 32 orang daripada tujuh keluarga setakat 8 malam Khamis berbanding 68 orang daripada 27 keluarga pada sebelah pagi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sabah pada Khamis memaklumkan, susulan itu, dua pusat pemindahan sementara (PPS) di Putatan ditutup petang Khamis.

Iklan
Iklan

Sekretariat itu juga menyebut hanya satu PPS masih beroperasi iaitu Rumah Kelab Kompleks Sukan di Penampang yang menempatkan kesemua 32 mangsa banjir terbabit.

"Dua PPS di Putatan ditutup iaitu Dewan Sri Serigai dan Dewan Sri Keramat,” menurut kenyataan itu.

Iklan

Hujan lebat berterusan sejak tengah hari Rabu mengakibatkan tiga daerah di Sabah iaitu Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan sekali lagi dilanda banjir kilat yang menjejaskan beberapa kampung selain berlaku insiden tanah runtuh. - Bernama

Iklan