LONDON- England melancarkan kempen vaksin Covid-19 dos penggalak pada Khamis.
Menurut Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS), ini susulan lampu hijau diberikan pada awal minggu.
Vaksin dos penggalak ini diberikan kepada individu selepas sekurang-kurangnya enam bulan selepas mereka terima dos kedua vaksin.
NHS turut memaklumkan ketika ini usaha memvaksin petugas kesihatan sudah dimulakan dan orang awam akan bermula minggu hadapan.
Perdana Menteri, Boris Johnson sebelum ini menggariskan, program ini akan beri keutamaan kepada individu berusia 50 tahun ke atas dan golongan rentan.
Ia sebagai langkah UK sasar tiada sekatan ketika musim sejuk kelak.
Jawatankuasa Bersama Vvaksinasi dan Imunisasi (JCVI) mengesyorkan agar vaksin Pfizer-BioNTech digunakan dalam kempen dos penggalak atau sebagai alternatif kepada vaksin Moderna.
Kerajaan juga memutuskan minggu ini, untuk memperluaskan vaksinasi besar-besaran kepada kanak-kanak berusia 12 hingga 15 tahun dan akan bermula minggu hadapan.- Awani