Rakyat perlu bersyukur Malaysia merdeka tanpa pertumpahan darah

Iklan
Nadge Ariffin

SHAH ALAM - Rakyat Malaysia perlu bersyukur kerana kemerdekaan negara dicapai tanpa pertumpahan darah, konflik dan serangan luar.

Pengarah dan Ketua Penyelidik Nusantara Academy, Nadge Ariffin berkata, Malaysia dibentuk bermula dari Malaya berdasarkan negosiasi, jemputan perbincangan dan pendapat majoriti.

Iklan
Iklan

"Jadi kita tiada paksaan dalam pembentukan negara kita, tiada lagi perang sampai tumpah darah sehingga menimbulkan persengketaan yang berpanjangan.

"Itu semua perkara yang patut kita fahami supaya kita sedar dalam diri kita sendiri bahawa ini semua satu anugerah yang indah yang begitu dicemburui begitu ramai orang di dunia kerana semua inginkan kemanan.

Iklan

"Kita mencapai pembentukan negara dari tahun 1957 hingga ke 1963 dan sampai sekarang masih aman damai,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Wacana Sinar Harian Edisi Ke 290 yang bertajuk Hari Malaysia: Menu Penyatuan Negara pada Khamis.

Panelis yang terlibat dalam Wacana Sinar Harian Edisi Ke-290 yang bertajuk Hari Malaysia: Menu Penyatuan Negara.

Iklan

Turut hadir, Felo Penyelidik Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya, Profesor Dr Awang Azman Awang Pawi dan Presiden Majlis Belia Sabah, Ahmad Farid Sainuri, manakala Edlynna Hanie Hamid sebagai moderator.

Selain itu, Nadge berkata, masalah komunisme dan pertikaian antara negara jiran akan membelenggu Persekutuan Tanah Melayu sekiranya Malaysia tidak dibentuk.

"Jadi kita kena hargai pembentukan Malaysia memang bergabung menjadi satu negara, ia betul menjadi bersekutu, bertambah mutu seperti yang tertera dalam jata negara.

"Saya rasa kalau dari segi sekarang kesenjangan atau perkara yang tidak seimbang tetap boleh diaturkan.

"Pembentukan kita itu juga membawa kepada kesejahteraan dengan hubungan luar negara seperti yang kita tahu sekarang ada ancaman dari negara lain yang membuat tuntutan ke atas laut di pesisir Sarawak dan Sabah dan kalau tidak bersatu sebagai satu negara tuntutan itu lebih mudah memecahbelahkan Malaysia,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau berkata, tahap patriotisme rakyat Malaysia secara keseluruhan berada di tahap yang baik apabila dibuktikan tiada wujud gerakan pemisahan negara.

"Buktinya memang tidak ada apa-apa gerakan pemisahan seperti yang berlaku di negara lain sehingga membawa kepada pertumpahan darah yang begitu menyayat hati.

"Secara tidak langsung ini membuktikan negara kita yang keadilannya, kesamarataan, kesejahteraan dan semangat kesatuannya tetap utuh.

"Sebagai keluarga ada yang bertengkar sana sini, itu biasa tapi yang penting kita faham dalam bertengkar rakyat adalah satu keluarga besar dan penting menjadi kuat untuk menjaga sesama lain,” jelasnya.