Bina iltizam pastikan tidak tewas melawan Covid-19

Iklan
Awang Azman

SHAH ALAM - Masyarakat perlu membentuk semangat baharu dalam menyatukan rakyat Malaysia ketika pandemik Covid-19 pada sambutan Hari Malaysia.

Felo Penyelidik Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya, Profesor Dr Awang Azman Awang Pawi berkata, sambutan tersebut terjejas sedikit apabila negara kini berdepan dengan norma baharu yang dihadapi oleh semua peringkat global.

Iklan
Iklan

Tambahnya, rakyat perlu bersama-sama membina iltizam untuk memastikan tidak tewas dalam melawan pandemik Covid-19.

"Ini merupakan satu bentuk semangat yang baharu ketika era endemik yang akan datang. Jadi ini merupakan semangat, azam baharu sebenar Hari Malaysia.

Iklan

"Selain itu semangat untuk memulihkan ekonomi negara dengan bersama-sama kita bantu golongan yang kurang bernasib baik dari segi ekonomi dan sebagainya, itu juga satu bentuk semangat baharu ketika kita berhadapan dengan suasana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Saya perhatikan juga sudah ada usaha untuk mengukuhkan Keluarga Malaysia di peringkat yang kecil, seperti buat pertandingan melukis sesama adik beradik, makan bersama ahli keluarga.

Iklan

"Jadi ini dapat menyatukan satu struktur yang sangat penting iaitu keluarga Malaysia, di peringkat akar umbi (keluarga itu sendiri) sebelum bergerak ke peringkat yang lebih jauh seperti kejiranan dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Wacana Sinar Harian Edisi Ke 290 yang bertajuk Hari Malaysia: Menu Penyatuan Negara pada Khamis.

Panelis Wacana Sinar Harian Edisi Ke 290 yang bertajuk Hari Malaysia: Menu Penyatuan Negara pada Khamis.

Turut hadir, Pengarah dan Ketua Penyelidik Nusantara Academy, Nadge Ariffin dan Presiden Majlis Belia Sabah, Ahmad Farid Sainuri, manakala Edlynna Hanie Hamid sebagai moderator.

Dalam pada itu, Awang Azman berkata, rakyat perlu memahami bahawa Sabah dan Sarawak membentuk Malaysia bersama Persekutuan Tanah Melayu dan bukan dengan menyertai.

Menurut beliau, tanpa negeri tersebut maka tidak akan adanya berlaku pembentukan Malaysia pada 16 September 1963.

"16 September bagi meraikan pembentukan Malaysia dan perlu difahami oleh generasi muda. Kalau mereka datang ke Sarawak mereka tidak boleh mengeluh kenapa mereka ada pasport, sebab ini terdapat dalam perjanjian dalam tersebut.

"Tarikh itu juga penting dengan adanya Sabah dan Sarawak, ia menambah keunikan budaya dan etnik yang lebih pelbagai seperti Kadazan, Murut, Bajau dan Bidayuh yang memang tidak ada di Semenanjung.

"Negeri tersebut dianggap tokoh yang terbaik kerana mereka meraikan pelbagai kaum, toleransi sangat tinggi sehingga satu rumah boleh tinggal dengan pelbagai agama,” ujarnya.

Jelas Awang Azman, Hari Malaysia merupakan penyatuan wilayah Persekutuan Tanah Melayu, Sabah (North Borneo), Sarawak dan Singapura untuk membentuk negara Malaysia.