SIBU - Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng Abu Seman Jahwi meninggal dunia di sebuah hospital swasta di sini, pada kira-kira jam 5 pagi tadi akibat komplikasi sakit jantung.
Isteri Allahyarham, Dayang Normaliza Awang Tambi berkata, Abu Seman yang juga Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg sebelum itu dibawa ke hospital tersebut untuk rawatan kerana demam panas dan mengadu sakit dada.