Rakyat tak pernah salah, PH minta maaf: Mukhriz

Iklan
Mukhriz

KOTA BHARU – Pemimpin PH memohon maaf kepada rakyat Malaysia di atas kekalahan dalam beberapa PRK lalu.

Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, banyak perkara yang perlu diteliti kerana ia menyebabkan rakyat kurang yakin terhadap PH.

Iklan
Iklan

Beliau menolak faktor calon sebagai punca kekalahan sebaliknya beliau berkata, ia berlaku atas beberapa faktor lain.

"Mungkin ada isu nasional atau dasar-dasar kerajaan yang tidak melibatkan calon pun menjadi menyumbang kepada kekalahan itu.

Iklan

"Kami sudah buat yang terbaik malah ambil calon berkaliber, apakan daya pengundi pilih pihak lain, saya akui rakyat tak pernah salah,” katanya.

Menteri Besar Kedah ini berkata, mesej yang disampaikan oleh rakyat akan diperhalusi dan dibincangkan dalam masa terdekat.

Iklan

Ia katanya, termasuk menilai cita rasa rakyat dan manifesto yang belum ditunaikan sebelum ini.

Beliau berkata, pihaknya menerima keputusan tersebut dan menjadikannya sebagai iktibar dan berjanji akan berusaha untuk mengembalikan keyakinan rakyat kepada PH lebih-lebih lagi menjelang PRK DUN Rantau.

Pada PRK Semenyih lalu, BN berjaya merampas semula kerusi tradisi apabila calonnya Zakaria Hanafi mendapat 19,780 undian.

Zakaria memperoleh 1,914 undi majoriti mengalahkan calon PH dengan 17,866 undian manakala dua lagi calon, Kuan Chee Heng (Bebas) sekadar meraih 725 undi manakala calon Parti Sosialis Malaysia (PSM) Nik Aziz Afiq Abdul menerima 847 undi.