Hanya 10 pasukan beraksi di Liga Premier 2022

Iklan
Stuart

LIGA Bola Sepak Malaysia (MFL) pada Jumaat mengumumkan hanya 10 pasukan bakal beraksi dalam saingan Liga Premier 2022 kelak.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Stuart Ramalingam, keputusan itu dibuat berikutan pasukan berstatus Reserve Team, Perak FC II tersingkir secara automatik ke saingan Liga M3 selepas Parent Club, Perak FC ‘turun pangkat’ dan bakal bermain dalam saingan Liga Premier musim 2022.

Iklan
Iklan

Katanya, berdasarkan Manual Liga Malaysia (Liga-M), Artikel 3.19.6 Peraturan Reserve Team, pasukan Parent Club dan Reserve Team mtidak boleh bersaing dalam satu kejohanan yang sama selaras dengan Peraturan 3.19.6 Perkara 1.1 dan 1.2.

"Perak FC menamatkan kempen di posisi ke-11 Liga Super 2021 dan sekali gus tersingkir ke Liga Premier 2022 dan secara automatik pasukan berstatus Reserve Team akan tersingkir daripada pertandingan sekiranya Parent Club mereka jatuh liga.

Iklan

"Ini selaras Peraturan 3.19.6 Perkara 1.1 dan 1.2. di mana Parent Club dan Reserve Team tidak boleh bersaing dalam satu kejohanan yang sama,” katanya menerusi satu kenyataan media.

Untuk rekod, dengan ketiadaan Perak FC II, Liga Premier musim 2022 bakal menampilkan Kuching City FC, Johor Darul Ta’zim (JDT)II, Terengganu FC (TFC II) II, Selangor FC 2, PDRM FC, Kelantan United FC, Kelantan FC, Skuad Projek FAM-MSN selain Perak FC dan UiTM FC.

Iklan

Dalam pada itu, dua pasukan teratas Liga Premier musim 2021 iaitu Sarawak United FC dan Negeri Sembilan FC mengesahkan kemaraan mereka beraksi dalam kempen Liga Super 2022.

Sementara itu Stuart berkata, pihak Liga Bola Sepak Amatur (AFL) turut membuat pengumuman mengenai pembatalan saingan Liga M3 pada 14 September 2021.

Menurutnya, pengumuman berkenaan sekali gus menyaksikan tiada pasukan daripada liga berkenaan (M3) dapat dipromosikan ke saingan Liga Premier 2022 secara merit pertandingan.

"Susulan pengumuman itu, MFL membuat keputusan untuk menganjurkan saingan Liga Premier dengan hanya melibatkan 10 pasukan sahaja pada tahun hadapan (2022).

"Format Liga Premier sebelum ini menampilkan 12 pasukan tetapi MFL juga mengambil maklum dengan pengumuman pembatalan Liga M3 yang dilakukan oleh AFL pada 14 September lalu di mana pembatalan kejohanan tersebut menyaksikan tiada pasukan yang boleh dipromosikan ke Liga Premier 2022 secara merit pertandingan.

"Sehubungan itu, MFL akhirnya telah mencapai satu keputusan iaitu pertandingan Liga Premier bagi musim 2022 akan menampilkan jumlah 10 pasukan sahaja dalam satu liga,” katanya.