Rang undang-undang antilompat parti perlu kajian mendalam: Tun M

Iklan
Dr Mahathir

LANGKAWI - Kajian lebih mendalam perlu dilakukan sebelum membentangkan rang undang-undang antilompat parti di Dewan Rakyat.

Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kajian itu merangkumi maksud melompat parti dan jenis hukuman akan dikenakan kepada mereka yang terlibat.

Iklan
Iklan

Katanya, beliau tidak menolak cadangan berkenaan namun ia mesti dikaji kerana pelbagai situasi boleh menjadi pertikaian kelak.

"Contohnya mungkin ada ahli Parlimen dari parti kerajaan yang tidak bersetuju dengan parti tetapi mereka tidak dapat keluar parti kerana ada halangan sebegini.

Iklan

"Ada juga yang dipecat oleh parti. Jadi apa hukuman terhadap pemecatan dan bolehkah dipecat? Semua ini perlu dikaji mendalam," katanya dalam sidang media di Pejabat Ahli Parlimen Langkawi di sini pada Jumaat.

Tambah Ahli Parlimen Langkawi itu, tindakan memberi kuasa kepada rakyat melalui Pilihan Raya Kecil (PRK) atau Pilihan Raya Negeri (PRN) sekiranya terdapat Ahli Parlimen yang lompat parti, akan mengambil masa panjang untuk diselesaikan.

Iklan

Pada Rabu, Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said meminta rang undang-undang antilompat parti dibentangkan di Dewan Rakyat secepat mungkin.