SEMENYIH - Dua individu didakwa suami isteri dipercayai cedera selepas rumah mereka dihempap sebatang pokok dalam kejadian di Lorong Haji Rahmat, Taman Sri Tanjung, di sini pada Jumaat.
Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, kedua-dua mangsa dikejarkan ke hospital kerana cedera di bahagian kepala oleh orang awam.