Angkasawan rakam video cahaya selatan ketika bulan penuh

Iklan
Imej jaluran cahaya selatan dirakamkan angkasawan Perancis, Thomas Pesquet menerusi video dari Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa baru-baru ini. - Foto ESA/NASA/Thomas Pesquet

PARIS - Seorang angkasawan dari Perancis, Thomas Pesquet berjaya merakamkan video imej jaluran cahaya selatan ketika bulan penuh dari Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) baru-baru ini.

Cahaya selatan tersebut turut dikenali sebagai Aurora Australis yang berasal dari bahasa Latin dan membawa maksud selatan itu berwarna hijau bercampur dengan warna biru. Kadangkala ia bercampur dengan warna merah.

Iklan
Iklan

Pesquet, 43, yang merupakan angkasawan Agensi Angkasa Lepas Eropah (ESA) menjelaskan di laman Facebook bahawa ketika rakaman video itu dibuat, cahaya bulan amat terang.

Jurutera angkasa itu mengaku bahawa dia beberapa kali telah menyaksikan cahaya aurora semasa misinya di ISS pada tahun ini.

Iklan

Bagaimanapun, cahaya selatan itu kali ini istimewa kerana ia berlaku sewaktu bulan penuh.

Cahaya aurora itu terjadi apabila zarah-zarah dari matahari memasuki atmosfera bumi dan bertembung pula dengan partikel oksigen dan nitrogen.

Iklan

Fenomena semula jadi itu berlaku di Kutub Utara dan Kutub Selatan sekali gus bermakna penduduk yang tinggal di kawasan berlatitud rendah mempunyai peluang terbaik bagi melihatnya. - Agensi