Tanah runtuh dipercayai akibat aliran air bawah tanah

Iklan
Anggota bomba melihat keadaan kediaman pada kejadian tanah runtuh yang menyebabkan 28 keluarga dari 19 buah rumah teres dua tingkat terjejas di Jalan Kemensah Height malam tadi. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Runtuhan tanah yang menjejaskan bahagian belakang 19 rumah teres dua tingkat di Jalan Kemensah Heights di sini semalam, dipercayai akibat pergerakan aliran air bawah tanah selepas hujan lebat di kawasan itu.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Wan Md Razali Wan Ismail berkata aliran air bawah tanah berkenaan menyebabkan struktur tanah menggelongsor pada 9.30 malam tadi (Jumaat), yang turut menyekat aliran sungai di bawah bukit daripada terus mengalir.

Iklan
Iklan

"Ketika ini, pihak saya bersama polis dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya giat memindahkan mangsa untuk ditempatkan di dewan orang ramai.

Wan Md Razali mendengar penerangan daripada Ketua Unit Keselamatan Kebakaran JBPM Selangor PG KBII Mohd Hamizal Ainuddin di lokasi kejadian tanah runtuh di Jalan Kemensah Height, malam tadi. - Foto Bernama

"Malah, kerja-kerja pencerunan akan dilaksanakan pagi ini bersama pihak-pihak berkaitan,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian awal pagi tadi.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Tanah runtuh, 28 keluarga di Kemensah Heights diarah pindah

'Bunyi kuat seperti dentuman guruh, rupanya tanah runtuh'

Iklan

Sementara itu, tinjauan Bernama mendapati polis mengawal ketat lokasi kejadian sebagai langkah keselamatan.

Semalam, sebanyak 19 rumah teres dua tingkat membabitkan 28 keluarga terjejas akibat insiden tanah runtuh di Jalan Kemensah Heights, namun tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa. - Bernama