Espirito harap trio latin sedia beraksi

Iklan
Romero dan Lo Celso ketika menjalani latihan di Croatia baru-baru ini. Foto gettyimages

PENGENDALI Tottenham Hotspur, Nuno Espirito berharap agar trio skuad The Lilywhites melibatkan Giovani Lo Celso, Cristian Romero dan Davinson Sanchez bersedia untuk beraksi bagi aksi Liga Perdana Inggeris berdepan Chelsea, pada Ahad.

Menurut Espirito, ketiga-tiga pemain berkenaan telah pun selesai menjalani kuarantin Covid-19 selain pulih daripada kecederaan yang dialami sebelum ini setelah beraksi untuk negara masing-masing bagi aksi Kelayakan Piala Dunia, baru-baru ini.

Iklan
Iklan

Katanya, ketiga-tiga pemain berkenaan telah pun menjalani latihan di Croatia bagi mengelakkan perintah kuarantin selama 10 hari di England kerana telah melawat (beraksi) di Brazil yang juga merupakan kawasan larangan bagi United Kingdom ketika ini.

"Mereka telah tiba ke sini (England), pada Sabtu dan terus mengikuti latihan pada sebelah petang hari yang sama.

Iklan

"Mereka telah pun bekerja keras menjalani latihan di Croatia dengan pengawasan unit sains sukan dan walaupun latihan yang diadakan tidak sama namun ia bertujuan untuk memastikan ketiga-tiga mereka berada dalam keadaan cergas.

"Oleh itu, mereka juga bakal menjadi pemain yang boleh dipertimbangkan untuk diturunkan nanti. Lagi pun, ketika ini, ramai kekurangan ramai pemain dan ia memerlukan penyelesaian,” katanya.

Iklan

Untuk rekod, Lo Celso dan Romero telah beraksi bagi membantu negara kelahiran mereka Argentina manakala Sanchez (Colombia) pada aksi kelayakan berkenaan.

Mengulas mengenai persiapan skuad The Lilywhites itu, Espirito berkata, penyerang Belanda, Steven Bergwijn dan Lucas Moura (Brazil), kini mengalami kecederaan setelah beraksi dalam saingan Liga Konferansi Europa berdepan skuad Ligue 1, Rennes, Khamis lalu yang menyaksikan kedua-dua pasukan terikat 2-2.

Selain itu menurut Espirito, dia dalam dilema bagi menurunkan kesebelasan terbaik apabila beberapa pemain tonggak lain seperti Son Heung-Min, Eric Dier dab Ryan Sessegnon turut mengalami kecederaan manakal tonggak pertahanan, Japhet Tanganga pula menjalani penggantungan perlawanan.

"Ia nyata sesuatu yang menyakitkan dan membuatkan saya rasa sangat dukacita. Kesemua mereka kini di bawah jagaan unit rawatan kita.

"Sejujurnya, ia sesuatu yang tidak baik buat pasukan dan diharapkan ia tidak berlarutan untuk satu tempoh yang agak lama,” katanya.