Bank utama di Venezuela alami serangan siber

Iklan
Kerajaan Venezuela memaklumkan platform teknologi Banco de Venezuela, bank utama di negara ini, mengalami serangan siber yang disifatkan sebagai 'serangan pengganas'. - Foto 123RF

MOSCOW - Kerajaan Venezuela memaklumkan platform teknologi Banco de Venezuela, bank utama di negara ini, mengalami serangan siber yang disifatkan sebagai 'serangan pengganas'.

"Hari ini, Jumaat 17 September 2021, berlaku serangan pengganas terhadap sistem kewangan negara terutama di platform teknologi Banco de Venezuela, bank utama negara ini," menurut kerajaan Venezuela dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Iklan
Iklan

Ramai pelanggan tidak dapat mengakses perkhidmatan bank dan akaun mereka, lapor Agensi Berita Sputnik.

Menerusi media sosial, pihak bank memaklumkan usaha sedang dibuat untuk memulihkan kembali perkhidmatan.

Iklan

Kerajaan turut memberi jaminan mengenai keselamatan semua akaun serta data kewangan dan pejabat pendakwa sedang menyiasat kejadian itu. - Bernama

Iklan