Taufan Chanthu: Lima cedera, 49 penerbangan dibatalkan

Iklan
Taufan Chanthu yang membadai Jepun menyebabkan sekurang-kurangnya lima orang cedera selain 49 penerbangan terpaksa dibatalkan, lapor media pada Sabtu. - Foto Bernama

TOKYO - Taufan Chanthu yang membadai Jepun menyebabkan sekurang-kurangnya lima orang cedera selain 49 penerbangan terpaksa dibatalkan, lapor media pada Sabtu.

Penerbangan yang dibatalkan itu membabitkan pulau Shikoku dan Kyushu, di wilayah barat daya Jepun, lapor Agensi Berita Sputnik memetik NHK News.

Iklan
Iklan

Mangsa yang cedera pula dilaporkan di wilayah Nagasaki, Fukuoka, dan Saga.

Chanthu kini bergerak ke timur di pantai Pasifik Jepun dengan tiupan angin mencecah 30 meter per saat.- Bernama

Iklan
Iklan