SEPANG - Empat anggota polis yang ditahan dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Klang, pada 11 September lalu telah ditukar tugas sementara menunggu laporan penuh kesalahan penyalahgunaan dadah.
Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, ini adalah prosedur biasa.
"Mereka ini automatik telah ditukarkan tugas selain tindakan tatatertib. Tindakan lain seperti kesalahan tidak patuh prosedur operasi standard (SOP) iaitu kompaun sudah dikenakan.
"Bagi kesalahan penyalahgunaan dadah, kita akan ambil tindakan selepas kita menerima keputusan laporan daripada pakar," katanya ketika ditemui pemberita selepas membuat tinjauan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) di Pantai Bagan Lalang, di sini pada Sabtu.