Remaja dikhuatiri lemas selepas selamatkan rakan

Iklan
Anggota bomba melakukan operasi mencari dan menyelamat mangsa dikhuatiri lemas di empangan di Jambatan Kampung Pertak di sini pada petang Sabtu.

KUALA KUBU BHARU - Seorang remaja dikhuatiri lemas ketika cuba menyelamatkan rakannya yang terjatuh ke dalam empangan di Jambatan Kampung Pertak di sini pada petang Sabtu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, mangsa yang hilang dikenali sebagai Hamzah Ilya Azman, 19.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.54 petang sebelum beberapa anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu dikejarkan ke lokasi.

"Mangsa dipercayai cuba menyelamatkan rakannya berusia 20 tahun yang terjatuh ke dalam empangan.

Iklan

"Rakannya berjaya diselamatkan, namun mangsa tidak timbul selepas terjun ke dalam empangan," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Norazam berkata, sehingga kini anggota bomba masih menggerakkan usaha mencari dan menyelamat mangsa.

Iklan

Dalam pada itu, Norazam menasihatkan pengunjung yang melakukan perkelahan di kawasan berair sama ada sungai, air terjun, laut atau di kawasan empangan mengambil sikap berhati-hati.

"Jika hujan, segeralah beredar untuk mengelakkan banjir kilat, kepala air atau kenaikan paras air secara mendadak di kawasan tersebut.

"Bagi yang 'jungle trekking' di hutan, bukit atau tanah tinggi juga dinasihatkan berhati-hati terutama sekarang musim hujan," ujarnya.