Ratusan burung mati selepas rempuh bangunan WTC

Iklan
Gambar menunjukkan antara bangkai burung yang ditemui di bangunan One World Trade Center, New York pada Selasa lalu. - Foto Melissa Breyer

NEW YORK - Ratusan burung yang terbang ke arah bandar raya New York mati apabila merempuh bangunan One World Trade Center (WTC) yang baharu beberapa hari lalu.

Seorang sukarelawan yang memantau kejadian burung itu, Melissa Breyer mendakwa terdapat kira-kira 291 ekor haiwan itu ditemui mati di sekitar bangunan tersebut pada Selasa lalu.

Iklan
Iklan

Breyer dilaporkan mengutip 225 bangkai burung kecil yang jatuh di sekitar kawasan pejalan kaki di bangunan WTC itu.

Sebanyak 30 ekor lagi haiwan itu yang ditemui masih hidup tetapi memerlukan rawatan dan dihantar ke pusat pemuliharaan hidupan liar.

Iklan

Antara jenis burung yang mati itu ialah burung siul.

Burung-burung yang mati itu dipercayai kerana tertarik kepada lampu-lampu dibiarkan terpasang di tingkat tinggi bangunan tersebut.

Iklan

Lampu dan pantulan cahaya pada kaca di bangunan setinggi lebih 540 meter tersebut mengakibatkan burung-burung tersebut berasa keliru. - Agensi