Isteri pemimpin India meninggal dunia diserang monyet

Iklan
Gambar fail menunjukkan seorang lelaki memberikan makanan kepada sejumlah monyet di New Delhi. - Foto AP

NEW DELHI - Isteri kepada seorang pemimpin parti politik utama di India meninggal dunia selepas dia diserang oleh sekumpulan monyet di bandar Kairana pada 9 September lalu.

Dalam kejadian itu, Sushma Devi, 54, telah dihantar ke sebuah hospital tetapi dia akhirnya menemui ajal akibat kecederaan yang dialaminya.

Iklan
Iklan

Devi yang merupakan isteri kepada salah seorang pemimpin Parti Bharatiya Janata (BJP), Anil Kumar Cahuhan diserang oleh sekumpulan monyet ketika dia berada di bumbung rumahnya.

Ekoran serangan itu, dia melompat dari bumbung rumah kerana mahu menyelamatkan diri.

Iklan

Devi mengalami kecederaan yang serius selepas terjatuh dari bumbung dan dia dihantar ke sebuah hospital swasta tetapi doktor kemudian mengisytiharkannya telah meninggal dunia.

Penduduk tempatan turut mengadu berlaku serangan monyet ke atas kanak-kanak, wanita dan kaum lelaki hampir setiap hari di bandar itu. - Agensi

Iklan