KUALA LUMPUR - Lorong kanan di antara Senai Utara ke Kulai, Johor di Kilometer (KM) 24.65 hingga KM27.25 (arah utara) Lebuhraya Utara-Selatan akan ditutup selama tiga bulan setengah kepada semua kenderaan mulai 12 tengah malam Isnin (20 September).
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dalam kenyataan pada Ahad memaklumkan penutupan lorong berkenaan sehingga 12 tengah malam 1 Jan 2022 adalah bagi membolehkan kerja-kerja menaik taraf tembok penghadang konkrit dilaksanakan dengan lancar.