Pasar baru Ampangan siap dua tahun lagi

Iklan
Projek pembinaan Pasar Baru Ampangan sedang rancak dilaksanakan. (Gambar kecil: Mohammad Rafie)

SEREMBAN - Pembinaan Pasar Baru Ampangan dijangka siap pada tahun 2023 dan projek tersebut berjalan lancar mengikut pelan yang dirancang sebelum ini.

Kompleks pasar baharu empat tingkat itu bakal dilengkapi pasar moden di tingkat bawah, dua tingkat parkir dan sebuah dewan serbaguna lengkap dengan sistem hawa dingin, bilik air, bilik persalinan pakaian di tingkat paling atas selain kemudahan lif.

Iklan
Iklan

Exco Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan negeri, Datuk Dr Mohamad Rafie Ab Malek berkata, projek pembinaan Pasar Baru Ampangan berkenaan bermula awal tahun lalu.

"Terdapat beberapa kemudahan lain sedang dibangunkan di Ampangan, dengan jumlah keseluruhan RM33 juta," katanya dalam kenyataan di sini pada Ahad.

Iklan

Menurutnya, antara projek yang dibangunkan ialah jejantas yang menghubungi Benteng Ampangan dan bangunan Pusat Pelbagai Perkhidmatan (UTC), Kompleks Komuniti Ampangan dan Dataran Ampangan yang bakal mengubah landskap di Bandar Baru Ampangan.

Mohamad Rafie yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ampangan memberitahu, pembangunan itu untuk kemudahan dan masyarakat khususnya penduduk Ampangan selain menjadikan Ampangan sebagai rangkaian kepada pusat bandar Seremban

Iklan

"Menerusi projek meningkatkan kemudahan ini diharap dapat menarik pelancong berkunjung ke Ampangan," katanya.