Semua tadika swasta di bawah KPM boleh operasi

Iklan
Gambar hiasan - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Pengoperasian tadika mulai Jumaat lepas adalah termasuk semua tadika swasta, tadika di sekolah swasta, tadika di sekolah antarabangsa dan tadika di sekolah ekspatriat yang berdaftar di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Rabu lepas, KPM menjelaskan bahawa kelonggaran berkenaan merangkumi negeri dalam Fasa Satu dan Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) serta untuk murid berumur empat hingga enam tahun membabitkan ibu bapa atau penjaganya yang bekerja.

Iklan
Iklan

"Pengoperasian ini tertakluk kepada kapasiti bilik darjah dengan penjarakan fizikal yang ditetapkan,” menurut KPM dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, Ismail Sabri ketika mengumumkan kelonggaran prosedur operasi standard PPN untuk beberapa sektor turut memaklumkan bahawa tabika, taska, tadika, pusat jagaan harian serta pusat perkembangan minda dibenarkan beroperasi di negeri Fasa Satu dan Dua PPN. - Bernama

Iklan
Iklan