Kejayaan Terbuka AS bakal jadikan Raducanu jutawan

Iklan
Raducanu dijangka raih pendapatan termasuk dari segi penajaan yang secara keseluruhannya bernilai antara RM5.7 juta hingga RM5.7 billion. - Foto AFP

KEJAYAAN pemain muda dari Great Britain, Emma Raducanu menjuarai Kejohanan Tenis Terbuka AS (US Open), baru-baru ini nyata sesuatu yang mengkagumkan dan secara tidak langsung bakal menjadikannya sebagai seorang jutawan dalam sekelip mata.

Iklan
Iklan

Perkara itu didedahkan oleh Naib Presiden Akademi IMG, Max Eisenbud yang juga individu yang bertanggungjawab merekrut dan mengenengahkan Raducanu dalam sukan tenis.

Eisenbud juga merupakan individu yang bertanggungjawab merekrut dan mengketengahkan bekas juara Grand Slam, Maria Sharapova dan Li Na sebelum ini.

Iklan

Dijangkakan, pemain berusia 18 tahun itu bakal meraih pendapatan termasuk dari segi penajaan yang secara keseluruhannya bernilai antara RM5.7 juta hingga RM5.7 billion.

Untuk rekod, pendapatan tertinggi bagi seorang atlet wanita di dunia ketika ini adalah milik bintang tenis Jepun yang juara Grand Slam empat kali, Naomi Osaka yang meraih pendapatan RM3.7 juta termasuk dari segi tajaan daripada Nike, Mastercard, Yonex, Louis Vuitton, Levi’s, Nissan, Tag Heur, Beats dan Panasonic.

Iklan

Setakat ini difahamkan Raducanu juga telah pun bersetuju menerima tajaan daripada syarikat gergasi pakaian sukan Nike selain tajaan raket daripada Wilson berjumlah lebih RM500,000 selama setahun.

Raducanu pada majlis peragaan Met Gala di New York, baru-baru ini. - Foto The Sun

Jumlah tajaan berkenaan juga dijangka akan bertambah sekurang-sekurangnya buat 10 kali ganda selepas ini atau pun ia digantikan dengan tajaan daripada pihak lain.

Selain itu, jenama sukan terkemuka British, Castore yang telah pun menaja bintang tenis, Andry Murray, pasukan McLaren (Formula 1), skuad kriket England termasuk skuad bola sepak Liga Perdana Inggeris (EPL) seeprti Wolverhampton Wanderers, Newcastle United, Queens Park Rangers (QPR) dan lain-lain juga difahamkan sedang merancang untuk mengadakan perbincangan dengan Raducanu.

Selain itu jenama fesyen, automatif termasuk minuman terkemuka dunia seperti Uniqlo, Aston Martin, Chanel dan Lacoste, syarikat kewangan crypto dan firma barangan kemas, Tiffany & Co juga dikatakan berminat menaja pemain muda sensasi berkenaan.

Malah, ketika menghadiri satu majlis peragaan kostum atau Met Gala di New York, baru-baru ini, Raducanu dilihat mengenakan busana jenama Chanel bagi acara karpet merah (red carpet), majlis berkenaan.

Dalam pada itu, satu perjanjian yang difahamkan mencecah tujuh angka antara Raducanu dengan syarikat barangan kemas, Tiffany juga sedang berjalan di mana syarikat berkenaan mahu menjadikan pemain berkenaan sebagai duta.

Dalam pada itu Eisenbud menegaskan, Raducanu perlu terus memastikan dirinya berjaya untuk memenangi gelaran-gelaran Grand Slam selepas ini bagi memastikan kesemua tajaan terhadapnya dapat diteruskan.

Katanya, dengan hanya satu kejayaan Grand Slam (US Open), dilihat masih belum mencukupi untuk Raducanu mengekalkan kesemua tajaan yang diterimanya buat masa ini.

"Sebagai pemain sedang meningkat naik, dia (Raducanu), perlu terus memenangi beberapa lagi gelaran Grand Slam dan yang paling hampir adalah Terbuka Australia, pada Januari depan.

"Dalam tempoh itu, dia dijangka bakal menerima tajaan lagi daripada pakaian sukan, pakaian kasual, produk kesihatan dan kecergasan,” katanya.