Patah pergelangan tangan tersepit mesin pemotong pelekat

Iklan
Anggota bomba melepaskan tangan kanan seorang lelaki yang tersepit pada mesin pemotong pelekat. Keadaan tangan kanan seorang lelaki yang tersepit pada mesin pemotong pelekat di sebuah kilang di Jalan Tampoi pada Ahad. - Foto Bomba

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki berdepan detik cemas apabila pergelangan tangannya patah akibat tersepit pada mesin pemotong pelekat di sebuah kilang di Jalan Tampoi di sini pada Ahad.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat ( BBP) Tebrau, Pegawai Bomba Kanan II, Ramli A Hamid berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 10.10 pagi berhubung kejadian itu.

Iklan
Iklan

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, anggota bomba membuat penyelamatan menggunakan peralatan 'resq cutter' untuk merenggangkan mesin sebelum berjaya mengeluarkan tangan kanan mangsa yang tersepit dalam tempoh 10 minit," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Menurutnya, mangsa berusia 29 tahun yang mengalami patah pada pergelangan tangan kanan itu kemudian menerima rawatan lanjut.

Iklan
Iklan

"Operasi ditamatkan pada jam 10.51 pagi," katanya.