Kempen Jimat Air 1.0: E-rebat untuk pembelian mesin basuh

Iklan

Dalam keadaan kelembapan ekonomi yang terjejas akibat pandemik, isu kewangan menjadi faktor utama dalam urusan perbelanjaan.

Soal penjimatan ketika berbelanja bukan hanya berkaitan pembayaran bil semata-mata tetapi pengguna turut mengambil kira penawaran harga ketika membuat pembelian barangan keperluan.

Iklan
Iklan

Pemberian rebat salah satu kaedah diyakini mampu menarik minat lebih ramai pengguna untuk membeli produk yang diiklankan atas faktor penjimatan harga yang ditawarkan.

Iklan

Umum mengetahui bahawa penggunaan air domestik secara cekap dapat dicapai menerusi penggunaan produk cekap air secara meluas sekali gus air dapat dijimatkan dan bayaran bil juga mampu dikurangkan.

Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) kini dalam usaha mempromosikan kempen penggunaan produk cekap air dengan menggalakkan orang ramai membeli mesin basuh di pasaran menerusi tawaran rebat.

Iklan

Populariti aktiviti transaksi e-dagang yang semakin meningkat dan berkembang memberi peluang kepada SPAN menggunakannya sebagai platform terbaik untuk menarik lebih ramai pelanggan.

Kaedah pemasaran yang menarik iaitu dengan pemberian rebat di platform e-dagang terkemuka seperti Shopee adalah ramuan yang ampuh untuk mempromosikan kempen penggunaan produk cekap air di kalangan orang awam.

Oleh itu, SPAN dengan kerjasama Shopee akan mempromosikan pemberian e-rebate sebanyak RM200 untuk setiap pembelian mesin basuh cekap air di dalam kempen JIMAT AIR 1.0 bermula 17 SEPTEMBER 2021 malah SPAN juga telah merancang untuk menambah jenis produk-produk cekap air yang lain seperti pili air dan pancuran mandi pada tahun ini.