Pemberian jawatan bertaraf menteri satu sogokan: Tun M
Iklan
Tun Dr Mahathir Mohamad
KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan pemberian jawatan bertaraf menteri kepada mana-mana individu yang bukan dalam kerajaan sebagai satu bentuk sogokan.
Menurutnya, ia berikutan tiada istilah seumpama itu yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.
Iklan
Iklan
"Sekarang kita lihat satu amalan yang tidak diperuntukkan dalam Perlembagaan. Kita dapati ramai orang yang dilantik jawatan tertentu yang tiada dalam Perlembagaan dan apabila dilantik, diberi taraf menteri.
"Tidak ada kriteria ditentukan bagaimana taraf menteri ini diberikan kepada mana-mana jawatan tetapi yang kita tahu apabila taraf menteri diberi maka dia akan dapat segala kemudahan yang diberi kepada menteri," katanya.
Iklan
Beliau berkata demikian ketika membahaskan Usul Menjunjung Kasih dan Titah Diraja pada sidang Dewan Rakyat pada Isnin.
Dr Mahathir menegaskan, lantikan itu satu jenis sogokan kerana ia tidak tertumpu kepada tugas sebaliknya upahan yang akan diperoleh individu yang diberikan jawatan tersebut.
Iklan
Katanya, walaupun beliau turut melantik individu tertentu ke jawatan bertaraf menteri ketika menjadi Perdana Menteri sebelum ini, namun membabitkan mereka yang telah bersara daripada politik.
"Saya mengaku semasa saya menjadi Perdana Menteri dahulu saya juga telah melantik orang yang berjawatan (setaraf) menteri tetapi jawatan itu diberi kepada seorang yang sudah pun bersara daripada politik.
"Beliau dilantik sebab kepakarannya dalam bidang tertentu," katanya.
Justeru itu, Dr Mahathir berkata, kerajaan sepatutnya perlu meletakkan kriteria yang tertentu sebelum melantik seseorang ke jawatan bertaraf menteri.
"Jika tidak, ia jadi seperti sogokan kepada penyokong-penyokong kerajaan. Ini harus ditamatkan dalam reformasi yang akan dibuat oleh kerajaan," katanya.
Kerajaan Persekutuan sedia meneliti peluasan perlaksanaan konsep rumah transit Bangsa Johor yang diperkenalkan dua tahun lalu, ke negeri lain, membantu rakyat khususnya keluarga muda kurang berkemampuan dapat memiliki kediaman.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, pendekatan yang dibuat di Johor dengan memulangkan 30 peratus daripada kadar jumlah sewa kepada keluarga muda selepas tempoh sewaan selama lima tahun berakhir, adalah terbaik, lapor wartawan Sinar Harian Nurhidayah Hairom.
Artikel : https://www.sinarharian.com.my/article/686991/berita/nasional/teliti-perluas-konsep-rumah-transit-bangsa-johor-ke-negeri-lain---ahmad-zahid
Muzik: Elevate dari www.bensound.com