Kematian Covid-19 di AS cecah 675,446, atasi wabak flu 1918

Iklan
Dijangka 100,000 lagi rakyat Amerika akan menjadi korban Covid-19 pada musim sejuk akan datang. - Foto AFP

WASHINGTON - Angka kematian di Amerika Syarikat (AS) akibat Covid-19 kini mencecah 675,446, mengatasi wabak flu (selesema) 1918 yang dianggap antara penyakit membawa maut di negara itu, lapor Sputnik memetik data Universiti Johns Hopkins pada Isnin.

Wabak flu yang melanda pada 1918 hingga 1919 telah mengorbankan sekitar 675,000 rakyat Amerika, menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC).

Iklan
Iklan

Penyelidik dari Universiti Washington menjangkakan 100,000 lagi rakyat Amerika akan menjadi korban pada musim sejuk akan datang. - Bernama