Pelajar di Pulau Pinang divaksin bermula Rabu

Iklan
Gambar hiasan

GEORGETOWN - Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) bagi golongan pelajar dan remaja di negeri ini akan bermula pada Rabu.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, sebagai permulaan, vaksinasi membabitkan pelajar berusia 16 hingga 17 tahun yang beralamat tetap di Pulau Pinang tetapi bersekolah asrama penuh di luar negeri ini.

Iklan
Iklan

Menurutnya, janji temu pelajar berkaitan akan dimaklumkan menerusi aplikasi MySejahtera.

"Ibu bapa, waris atau penjaga perlu hadir bersama serta dinasihatkan supaya membawa dokumen penting terutamanya Borang Persetujuan Suntikan Vaksin Covid-19 dan ditandatangani bagi memastikan proses vaksinasi berjalan lancar.

Iklan

"Remaja berusia 12 hingga 17 tahun yang mempunyai beberapa penyakit (komorbid), janji temu vaksinasi akan dijalankan di hospital terdekat dan makluman janji temu juga adalah menerusi aplikasi MySejahtera," katanya menerusi kenyataan media pada Selasa.

Kon Yeow berkata, bagi pelajar sekolah berusia 16 hingga 17 tahun (tanpa komorbid), mereka akan divaksinasi pada Khamis bermula pada jam 9 pagi hingga 12 tengah hari.

Iklan

"Mereka akan menjalani proses vaksinasi di enam Pusat Pemberian Vaksin (PPV) iaitu di Pusat Konvensyen SPICE; Tapak Ekspo Seberang Jaya; Vangohh Eminent Hotel; Dewan Perda Convention Centre, Dewan Millenium dan Dewan Serbaguna Sungai Bakap," katanya.

Minggu lalu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengumumkan pelaksanaan program vaksinasi untuk remaja akan dilaksanakan di Pulau Pinang pada hujung bulan ini.

Menurutnya, dijangka seramai 130,000 remaja di Pulau Pinang akan menerima vaksin bermula minggu keempat bulan ini.

Beliau berkata, terdapat tiga juta remaja di seluruh negara dan adalah menjadi indeks petunjuk prestasi (KPI) untuk melengkapkan jumlah tersebut sebelum pembukaan sekolah pada Januari 2022.