Glomac hargai petugas barisan hadapan

Iklan
Kakitangan Glomac menyerahkan pek makanan kepada petugas barisan hadapan di Hospital Putrajaya baru-baru ini.

SHAH ALAM – Glomac Berhad (Glomac) menyumbangkan 3,000 bungkusan makanan kepada petugas barisan hadapan sebagai menghargai pengorbanan mereka untuk mengekang penularan wabak Covid-19.

Ketua Pegawai Operasi (Operasi) Glomac, Zulkifly Garib berkata, antara penerima sumbangan tersebut ialah doktor, jururawat dan pekerja kesihatan lain serta anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Iklan
Iklan

Menurutnya, sumbangan tersebut dimulakan pada 29 Julai 2021 di Hospital Putrajaya, diikuti beberapa hospital di sekitar Lembah Klang dan Johor.

"Antaranya ialah Hospital Sungai Buloh, Hospital Serdang, Insitut Kanser Negara, Hospital Assunta, Pusat Perubatan Universiti Malaya, Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim, Hospital Kota Tinggi dan Hospital UiTM.

Iklan

"Turut menerima sumbangan ialah petugas barisan hadapan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh, Shah Alam, Kulai dan Brickfields.

"Kami berharap sumbangan kecil yang penuh bermakna ini akan dapat memberi dorongan kepada para petugas barisan hadapan untuk terus berusaha dengan penuh dedikasi,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Iklan

Zulkifly turut mengajak orang ramai untuk bersama-sama memainkan peranan menghentikan penularan Covid-19 dengan kekal duduk di rumah dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

"Membantu golongan memerlukan dan menyokong kerja murni yang dilakukan pihak lain adalah sebahagian program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Glomac,” katanya.

Tambah beliau, Glomac juga menyumbang RM10,000 untuk membantu seramai 8,200 isi rumah sekitar daerah Layang-Layang, Johor yang terkesan akibat sekatan pergerakan penuh di seluruh negara dengan menyediakan barangan keperluan asas.