TNB sumbang 60 van terpakai

Iklan
Majlis ringkas diadakan bagi simbolik penyerahan van jenazah pada Selasa.

TANAH MERAH – Sebanyak 60 buah van terpakai dengan nilai RM2.7 juta disumbangkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) seluruh negara sejak 2016 lalu melalui program khidmat sosial masyarakat (CSR).

Pengurus Besar (Hal Ehwal Korporat) TNB, Datuk Omar Sidek memberitahu, program CSR tersebut merupakan salah satu saluran TNB mengembalikan keuntungan bisnes serta kemakmuran yang dinikmati bersama masyarakat.

Iklan
Iklan

"Program CSR TNB dilaksanakan melalui pembangunan pendidikan contohnya MyBF, pemulihan alam sekitar seperti Program Pemulihan kelip-Kelip dan pembangunan sosio ekonomi masyarakat.

"Antara contoh program pembangunan masyarakat seperti Projek Baiti Jannati dan Projek Mesra Rakyat,” katanya melalui satu kenyataan di sini pada Selasa.

Iklan

Omar sebelum itu melaksanakan penyerahan van jenazah sumbangan TNB kepada Masjid Mukim Bukit Gading, di sini.

Mengulas lanjut, Omar memberitahu, sebanyak 13 buah van jenazah baharu disumbangkan pada tahun 2016 di 12 lokasi tetapi kosnya lebih tinggi iaitu sebanyak RM1.5 juta.

Iklan

"Oleh itu kita membaik pulih van lama meliputi kerja baiki enjin, menukar tayar dan mengecat semula. Bagi program ini pula kos diperuntukkan sebanyak RM35,000.

"Secara puratanya, lebih 80 permohonan diterima setiap tahun,” katanya.