Putin gantung penglibatan Rusia dalam perjanjian INF

Iklan
Vladimir Putin

MOSCOW - RUSIA. Presiden Rusia Vladimir Putin semalam secara rasmi menggantung penglibatan negaranya dalam Perjanjian Kuasa Nuklear Jarak Sederhana ( INF) yang dimeterai bersama Amerika Syarikat (AS).

Menurut kenyataan Kremlin, Putin telah menandatangani dekri berkaitan penggantungan penglibatan Rusia dalam perjanjian senjata era Perang Dingin itu.

Iklan
Iklan

Rusia dilapor mengambil langkah terbabit susulan dakwaan terdapat pelanggaran syarat daripada pihak AS berhubung peranan dan tanggungjawabnya di bawah perjanjian tersebut.

Moscow dan Washington sejak sekian lama saling tuduh menuduh berlakunya pelanggaran syarat perjanjian INF.

Iklan

Februari lalu, Presiden Donald Trump mengancam akan memulakan proses pengunduran daripada perjanjian INF dalam tempoh enam bulan.

Dalam langkah tit-for-tat, Putin turut merancang penggantungan penglibatan Rusia dan membina misil jarak sederhana yang didakwanya turut dihasilkan di AS.

Iklan

Presiden Putin turut mengancam akan bertindak balas sekiranya Washington melancarkan misil ke Eropah susulan kegagalan perjanjian INF.

Namun, Setiausaha Negara AS, Mike Pompeo mendakwa ancaman Rusia itu bertujuan untuk memecah belahkan AS dan sekutunya.

Perjanjian INF ditandatangani pada 1987 oleh bekas presiden AS, Ronald Reagan dan pemimpin Soviet, Mikhail Gorbachev bertujuan menyelesaikan krisis peluru berpandu balistik nuklear yang menyasarkan negara Barat. - AFP