Banjir Sabah: 125 mangsa dipindahkan di dua daerah

Iklan
Penduduk Kampung Tampasak Sugud, Hendry Bisius, 44, memeriksa sebuah kenderaan terdampar di tepi sungai selepas dihanyutkan banjir kilat yang berlaku di Kampung Sugud petang Rabu lepas.
 - Foto Bernama

KOTA KINABALU - Mangsa banjir di Sabah terus meningkat kepada 125 orang daripada 38 keluarga pagi ini berbanding 54 orang daripada 17 keluarga malam Selasa.

Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan hari ini memaklumkan, semua mangsa banjir ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS) di dua daerah iaitu Kota Belud dan Sipitang.

Iklan
Iklan

Katanya, 37 mangsa daripada 12 keluarga dipindahkan ke PPS Dewan Mini Mesapol di Sipitang, manakala 88 mangsa lagi ditempatkan di tiga lagi PPS di Kota Belud.

"Tiga PPS di daerah Kota Belud iaitu Dewan Muhibah Kampung Tombol menempatkan 22 mangsa daripada sembilan keluarga; Dewan SRJK Chung Hwa, 30 mangsa daripada lapan keluarga dan Dewan Sk Tamau, 36 mangsa daripada sembilan keluarga," menurut kenyataan itu.

Iklan

Sebanyak 40 kawasan di Kota Belud dan 13 kawasan di Sipitang terjejas selepas hujan berterusan menyebabkan paras air sungai naik dan melimpah ke kawasan kampung yang berdekatan.

Keadaan cuaca di daerah berkenaan tidak hujan namun semua agensi penyelamat sentiasa bersiap siaga jika berlaku sebarang pemindahan ke PPS. - Bernama

Iklan