Orang ramai yang mengunjungi pasar karat yang dikenali sebagai Rope Walk di Jalan Lorong Kulit di Georgetown mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) seperti memakai pelitup muka dan mengamalkan penjarakan fizikal.
Kerajaan sering menasihati rakyat supaya mengamalkan SOP yang ditetapkan bagi membendung penularan wabak Covid-19 yang semakin serius.
Semalam Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan dalam Twitter rasmi beliau bahawa 80 peratus golongan dewasa di negara ini lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19 sekali gus membentuk imuniti kelompok. - Foto Bernama