NEW YORK - Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan mendesak masyarakat antarabangsa mencari penyelesaian politik untuk mencegah konflik terus berlarutan di Syria.
"Masyarakat antarabangsa tidak boleh membiarkan krisis Syria berlanjutan selama 10 tahun lagi. Kita perlu mempamerkan tekad yang lebih kuat untuk penyelesaian politik bagi masalah itu,” kata Erdogan dalam ucapannya pada sesi ke-76 Perhimpuan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu lapor Sputnik.
Iklan
Iklan
Erdogan berharap pendekatan damai yang ditunjukkan negara-negara terlibat dalam penyampaian bantuan kemanusiaan ke Syria selama 12 bulan lagi akan disusuli dengan kepulangan kembali pencari suaka ke Syria.
Perang di Syria memasuki tahun kesepuluh dan Turki secara aktif terlibat dalam konflik selepas melancarkan Operasi Euphrates Shield pada Ogos 2016 yang bertujuan membasmi kumpulan pengganas Daesh/ISIS dan menghalang tentera Kurdish dari sempadannya. Bekerjasama dengan pembangkang Syria, Turki mengambil alih bandar-bandar Jarabulus, Azaz dan Al-Bab. - Bernama