Perkasakan Jawatankuasa Pilihan Khas untuk luaskan peranan Parlimen

Iklan
Sivakumar Varatharaju Naidu

SHAH ALAM - Jawatankuasa Pilihan Khas perlu diperkasakan ketika ini bagi memperluaskan peranan Parlimen bagi memperincikan dasar dalam negara.

Ahli Parlimen Batu Gajah, Sivakumar Varatharaju Naidu berkata, jawatankuasa itu perlu ditambah sesuai dengan tanggungjawab khusus dan tugas menjaga portfolio tertentu di Parlimen.

Iklan
Iklan

"Ini adalah masa terbaik untuk kita memperkasakan Jawatankuasa Pilihan Khas yang merupakan satu perkara baharu dalam negara walaupun pernah diperjuangkan beberapa tahun sebelum ini jika dibandingkan dengan negara lain.

"Setakat ini kita ada sembilan Jawatankuasa Pilihan Khas di mana mempunyai tugas dan tanggungjawab khusus yang akan menjaga portfolio tertentu. Saya rasa sembilan jawatankuasa ini tidak memadai dan kita perlu tambah lagi jumlah tersebut

Iklan

"Dengan adanya persefahaman MoU kerajaan dan Pakatan Harapan, saya rasa kita ada peluang untuk melahirkan lebih banyak jawatankuasa ini bagi membolehkan peranan Parlimen diperluaskan lagi,” katanya.

Mengulas lanjut Sivakumar berkata, Jawatankuasa Pilihan Khas bukan satu perkara yang asing bagi institusi itu dan merupakan komposisi dalam Parlimen.

Wacana Wacana Sinar Live Edisi 291 yang bertajuk Reformasi Parlimen: Ke Arah Kematangan Demokrasi pada Selasa.

Iklan

"Ia bekerja bersama-sama dalam Parlimen dan mempunyai imuniti yang sama untuk Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Jadi ini akan memberi peranan yang berlebihan pada institusi Parlimen itu sendiri.

"Kalau kita mahu sesuatu perkara dasar itu diperincikan dan dikupas dengan betul sebelum dibawa masuk ke dewan utama, jadi adalah lebih baik ia dibawa dan dibincangkan oleh jawatankuasa-jawatankuasa tertentu,” ujarnya.

Pada masa sama, beliau berkata, kerajaan perlu menambah hari persidangan supaya ahli Parlimen boleh membawa hasrat rakyat untuk perhatian kerajaan.

"Rakyat sememangnya mengharapkan ahli Parlimen menyuarakan hasrat mereka untuk dibawa kepada perhatian kerajaan melalui pentas Parlimen.

"Tetapi masalahnya seringkali kita dengar rungutan pada kebanyakan daripada mereka bahawa tidak mendapat peluang untuk berucap atau berbahas dalam persidangan itu.

"Perkara ini boleh diatasi dengan menambahkan hari persidangan dan ini adalah perkara penting buat masa ini. Kita bersidang tidak sampai 70 hari setiap tahun sedangkan kalau kita lihat di negara maju seperti United Kingdom (UK) mereka bersidang selama 160 hari,” jelasnya.

Dalam pada itu, Sivakumar berkata, reformasi Parlimen perlu dilaksanakan dengan menambah jumlah hari persidangan untuk membawa pembaharuan kepada dasar-dasar kerajaan.

"Kerja kita adalah memberi tumpuan di Parlimen dan itu adalah lebih penting bagi membolehkan ahli Parlimen membawa lebih banyak isu rakyat sekali gus menjadikan fungsi institusi itu akan bertambah,” katanya.