Ku Li letak jawatan perkara biasa bagi UMNO

Iklan
Mohd Sharkar

KUANTAN - Isu peletakan jawatan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO adalah perkara biasa bagi parti itu.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin berkata, selagi Tengku Razaleigh atau lebih dikenali sebagai Ku Li masih bersama parti, beliau adalah ahli UMNO.

Iklan
Iklan

Menurutnya, sejak dari dahulu lagi, Tengku Razaleigh dikenali sebagai seorang bersikap berkecuali dan mempunyai pendirian tersendiri.

"Saya baca ucapan beliau (Tengku Razaleigh) di Parlimen semalam (Selasa) dan menghormati pandangan itu. Soal letak jawatan itu biasa. Macam dulu, ada yang letak jawatan. Shamsul Anuar Nasarah juga letak jawatan sebagai menteri sebelum ini.

Iklan

"Ia berkaitan prinsip yang perlu dihormati. Jika tidak setuju, letak jawatan dan ia perkara biasa,” katanya yang mengulas mengenai isu peletakan jawatan Tengku Razaleigh.

Pada pagi Rabu, Tengku Razaleigh meletak jawatannya susulan didakwa kecewa dengan UMNO yang memberi sokongan kepada kerajaan sedia ada.

Iklan

Surat peletakan jawatannya dikatakan diserahkan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, pada Isnin lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Ku Li letak jawatan Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO

Ditanya mengenai dakwaan Tengku Razaleigh mengenai UMNO lama dan UMNO baru, Mohd Sharkar berkata, bahawa perkara itu tidak perlu ditimbulkan kerana UMNO tetap satu.

"Mana ada UMNO lama, UMNO baru. Presiden masih Ahmad Zahid, Timbalan (Presiden) masih Tok Mat ( Datuk Seri Mohamad Hasan) dan Naib Presiden masih lagi Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob), Datuk Seri Mahdzhir Khalid dan Datuk Seri Khaled Nordin.

"Tidak ada UMNO baru, UMNO lama. Ini persepsi dimainkan oleh media dan orang ramai. Hormatilah Tengku Razaleigh sebagai orang lama dalam parti,” katanya.