Pelaku pencemaran Sungai Tawakal perlu segera didakwa

Iklan
Tompok hitam masih dilihat di dalam anak sungai di Kampung Baru Sri Aman. Gambar kecil: Mazlan Sulor

JOHOR BAHRU - Penduduk Kampung Baru Sri Aman, Seelong, Kempas di sini berharap pihak yang melakukan pencemaran sisa bahan kimia di Sungai Tawakal di kampung berkenaan baru-baru ini dapat didakwa dengan segera.

Ahli Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan (JPKK) Kampung Baru Sri Aman, Mazlan Sulor, 58, berkata, penduduk kampung berkenaan masih trauma dengan insiden pencemaran sisa kimia yang terjadi pada minggu lalu itu.

Iklan
Iklan

"Memang kami mahu semua yang bersalah diheret ke mahkamah secepat mungkin sebab bimbang ia akan berulang.

"Kami merayu pihak berkuasa ambil berat dan jangan lepaskan walau seorang pun yang terlibat untuk kes ini," katanya ketika dihubungi pada Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: Mangsa pencemaran sisa kimia masih trauma

Sukar bernafas, muntah 20 kali

Iklan

Sementara itu, tinjauan yang dilakukan di anak sungai serta Sungai Tawakal di kampung berkenaan mendapati, sisa kimia terutama tompokan minyak masih dapat dilihat di tebing dan dasar sungai selain sisa bau sisa kimia dapat dihidu, namun bau berkenaan tidak sekuat seperti pada minggu lalu.

Pada Sabtu lalu, lapan suspek yang disyaki terbabit dalam insiden pembuangan sisa kimia industri terjadual berbahaya di Kampung Baru Sri Aman pada malam Selasa minggu lalu dilepaskan daripada tahanan reman.

Iklan

Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor, Dr Mohd Famey Yusoff, dilaporkan berkata, kesemua suspek berkenaan dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangan mereka selesai dirakam agensi berkenaan.

Sebelum itu, lapan suspek berkenaan direman tiga hari bermula 16 September lalu.

Mohd Famey dilaporkan berkata, seorang lagi suspek yang ditahan tidak direman kerana sudah selesai diambil keterangan minggu lalu, dan dilepaskan dengan jaminan polis pada hari yang sama.