HULU SELANGOR - Seorang lelaki dikhuatiri lemas sewaktu mandi-manda bersama lima rakannya di Sungai Balak Batang Kali di sini pada Rabu.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, mangsa yang dikatakan lemas di kawasan air berpusar itu dikenali sebagai Sunny Dell Ashraff Sa'ari berusia 23 tahun beralamat di Asam Jawa, Kuala Selangor.