PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Pelaksanaan pemberian vaksinasi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Remaja yang bermula pada Khamis melibatkan 156 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Awam dan Integrasi dilakukan menerusi tiga kaedah.
Timbalan Menteri Kesihatan I, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, ia dibuat melalui MySejahtera, walk-in dan vaksinasi berjadual.
"Bagi remaja di sekolah asrama di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), Majlis Amanah Rakyat (Mara) termasuk murid orang kurang upaya (OKU) di asrama akan diberi janji temu melalui MySejahtera dan mereka akan dapat janji temu ke PPV berdekatan tempat tinggal," katanya dalam sidang akhbar di kementeriannya pada Rabu.
Hadir sama dalam sidang akhbar tersebut ialah Timbalan Menteri Pendidikan I, Datuk Dr Mah Hang Soon.
Menurutnya, bagi remaja yang bersekolah di sekolah harian, penjadualan vaksinasi dibuat di sekolah-sekolah yang telah dipadankan dengan setiap PPV secara giliran mengikut tarikh dan masa ditetapkan.
"Jadual vaksinasi yang dipersetujui oleh pejabat kesihatan daerah (PKD) dan pejabat pendidikan daerah (PPD) akan dikeluarkan oleh pihak sekolah masing-masing kepada remaja dan ibu bapa," katanya.
Beliau berkata, remaja yang tidak bersekolah, boleh ‘walk-in’ ke PPV yang menjalankan PICK Remaja tanpa janji temu.
"Remaja OKU di sekolah harian dengan ketidakupayaan masalah pendengaran, penglihatan dan masalah pembelajaran akan diberi janji temu mengikut penggiliran sekolah di PPV," katanya.
Dr Noor Azmi berkata, remaja OKU bersekolah dengan ketidakupayaan masalah tingkah laku (ADHD, autism, mental) pula akan diberi vaksinasi di hospital atau klinik kesihatan.
"KPM menyenaraikan remaja OKU dalam kategori ini untuk diberi janji temu di fasiliti kesihatan. Remaja OKU yang menghadiri pemulihan di pusat pemulihan dalam komuniti (PDK) akan diberi vaksinasi samada melalui program jangkau luar ke PDK atau fasiliti kesihatan.
"Remaja OKU terlantar di institusi diberi vaksinasi secara program jangkau luar manakala OKU terlantar di rumah akan menerima lawatan anggota kesihatan atau badan bukan kerajaan (NGO)
untuk pemberian vaksin di rumah," kata beliau.
Menurutnya, remaja yang berumur di bawah 18 tahun dan sedang menuntut di Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta (IPTA dan IPTS) dibenarkan 'walk-in' ke semua PPV yang masih beroperasi serta menggunakan vaksin Pfizer pada ketika ini dengan menunjukkan pengenalan diri sebagai pelajar IPTA atau IPTS.