Boleh rentas negeri selepas 90 peratus vaksinasi dewasa

Iklan
Ismail Sabri. - Foto fail Bernama

SHAH ALAM - Pembukaan pusat pelancongan, pulau atau kawasan pelancongan berserta aktiviti rentas negeri akan dibenarkan dengan syarat mencapai 90 peratus kadar vaksinasi dewasa.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu akan dibuat berdasarkan data dan analisis yang telah dibuat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Iklan
Iklan

Menurutnya, persetujuan itu dicapai dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik yang diadakan pada Rabu.

Selain itu, Ismail Sabri turut memaklumkan tempoh operasi beberapa sektor ekonomi turut dipanjangkan.

Iklan

"Kedai runcit, mini market, restoran, stesen minyak dan kedai serbaneka dibenarkan beroperasi dari jam 6 pagi hingga 12 malam berkuat kuasa pada Khamis (23 September)," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Sementara itu, dalam perkembangan sama, operasi perniagaan spa, pusat kesihatan (wellness), dan urut kesihatan dibenarkan kepada pengunjung dan operator yang telah menerima dos lengkap vaksin bermula 1 Oktober 2021 ini.

Iklan

"Pusat atau premis pelancongan seperti zoo, perladangan, akuarium, snorkeling, selam skuba, pelancongan memancing dan taman rimba, dibenarkan beroperasi di semua fasa PPN berkuatkuasa 1 Oktober 2021 dengan semua pengusaha atau operator dan pengunjung lengkap divaksin," katanya.