SHAH ALAM - Dua wanita yang dilaporkan sesat ketika melakukan aktiviti kembara hutan di Bukit Saga, Ampang ditemui sekitar jam 3.04 petang pada Rabu.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada mangsa sekitar jam 12.05 tengah hari.
Iklan
Iklan
"Kejadian melibatkan dua mangsa wanita tempatan berusia 26 dan 29 tahun yang sesat. Mangsa dapat dihubungi melalui talian telefon.
"Pada jam 3.04 petang dua mangsa yang hilang berjaya ditemui oleh pihak bomba dalam keadaan selamat," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Norazam berkata, operasi ditamatkan pada jam 5.50 petang selepas kedua-dua mangsa selamat sampai ke pos kawalan bencana (PKB) sekitar jam 5.45 petang dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.