Sidang DUN maya pentas pembangkang cipta persepsi

Iklan
Muhammad Sanusi

ALOR SETAR - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang berhak melakukan apa sahaja termasuk persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) secara maya selagi tidak menyalahi undang-undang negeri ini.

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, sebagai sebuah negara demokrasi, mereka dibenarkan berbuat demikian namun agak pelik kerana ia diadakan tanpa kehadiran wakil rakyat daripada kerajaan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kemungkinan persidangan maya itu dijadikan pentas untuk ADUN pembangkang mencipta persepsi tertentu terhadap kerajaan negeri.

"Mereka boleh buat apa pun selagi tak menyalahi undang-undang. Kalau mereka bahas, siapa yang menjawab dalam sidang maya itu kerana wakil kerajaan yang sepatutnya berikan jawapan atau tindakan tidak dijemput,” katanya ketika sidang akhbar secara maya selepas persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah pada Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: ADUN pembangkang Kedah buat persidangan maya

Iklan

Muhammad Sanusi berkata, sekiranya perbahasan hanya melibatkan ADUN pembangkang, ia seolah-olah membina persepsi, bukannya berhasrat memberi teguran membina untuk semak imbang kerajaan.

"Ini bermakna mereka hanya lontarkan persepsi tanpa jawapan balas daripada keraaan. Memang itulah kerja mereka untuk bina persepsi. Kata nak bagi teguran membina, malangnya sekadar membina persepi. Mungkin apa yang mereka buat itu adalah Petunjuk Prestasi Utama (KPI) pembangkang,” katanya lagi.

Iklan

Parti pembangkang Kedah mengambil inisiatif melaksanakan persidangan secara maya atau dalam talian selepas persidangan DUN ditangguhkan pada tengah hari, bermula Selasa.

Ia menyebabkan terdapat ADUN tidak berpeluang membahaskan titah Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehudin Sultan Badlishah ekoran sidang DUN Kedah kali ini hanya berlangsung pada sesi pagi, bermula 9 pagi hingga 1 petang.