Naomi Osaka umum tarik diri Terbuka Paribas BNP

Iklan
Pemain Jepun berusia 23 tahun itu ketika beraksi di Terbuka AS awal bulan ini. - Foto Reuters

[DIKEMASKINI] PEMAIN nombor lapan dunia, Naomi Osaka secara rasmi telah menarik diri daripada Terbuka Paribas BNP bulan depan.

Pemenang Grand Slam empat kali itu memberitahu dia perlu merehatkan diri dan memberi fokus kepada kesihatan mentalnya.

Iklan
Iklan

Osaka mengalami kesukaran untuk beraski dengan cemerlang di persada dunia sejak menarik diri daripada Terbuka Perancis pada penghujung Mei lalu.

Keputusan untuk menarik diri itu diambil atas isu kerisauan dan kemuringan selepas enggan mengambil bahagian dalam sidang media kejohanan itu.

Iklan

Pemain Jepun berusia 23 tahun itu memenangi kejohanan WTA pertamanya di Indian Wells pada 2018.

Dalam catatan di akaun rasmi Twitter, kejohanan itu berkata:"Kami tidak sabar untuk bertemu kembali dengan Naomi pada 2022." - Sumber Awani

Iklan