Seorang polis bantuan di Parlimen positif Covid-19

Iklan

KUALA LUMPUR - Seorang anggota polis bantuan didapati positif Covid-19 selepas menjalani ujian RTK berkala di Parlimen pada Rabu.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun bagaimanapun berkata, tiada kontak rapat dikesan terlibat dengan kes positif itu.

Iklan
Iklan

"Kita bernasib baik kerana beliau (polis bantuan) bertugas di sekitar (luar bangunan) Parlimen dan tiada kontak rapat.

"Saya ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada semua petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) atas kerjasama sepanjang persidangan ini," katanya sebelum memulakan sesi pertanyaan menteri di Dewan Rakyat pada Khamis.

Iklan

Pada 13 September lalu, Azhar Azizan memaklumkan semua ahli Parlimen dan pegawai bertugas diwajibkan menjalani ujian RTK berkala pada setiap Isnin dan Rabu sepanjang tempoh persidangan Dewan Rakyat bagi mengawal penularan Covid-19.

Menurutnya, saringan berkala itu akan dijalankan di Dewan Bankuet dan Dewan Serbaguna, dijangka mengambil masa kira-kira 20 minit.

Iklan