Jamin bekalan sayur tidak terjejas

Iklan
KPDNHEP memberi jaminan bekalan sayur-sayuran di pasaran tempatan tidak terjejas walaupun berlaku kejadian tanah runtuh di Jalan Simpang Pulai- Blue Valley menghala ke Cameron Highlands.

PUTRAJAYA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memberi jaminan bekalan sayur-sayuran di pasaran tempatan tidak terjejas walaupun berlaku kejadian tanah runtuh di Jalan Simpang Pulai- Blue Valley menghala ke Cameron Highlands.

KPDNHEP menerusi kenyataan pada Khamis berkata, Jabatan Kerja Raya Daerah Kinta, Perak memaklumkan Jalan Persekutuan FT 059 Jalan Tapah- Cameron Highlands dikenalpasti sebagai laluan alternatif untuk membawa sayur-sayuran hasil dari ladang di Cameron Highlands dan kawasan sekitar ke pusat pengedaran di seluruh negara.

Iklan
Iklan

Menurut kenyataan itu, kenaikan harga lima jenis sayur yang dilaporkan di akhbar seperti sawi, cili, lada benggala dan beberapa jenis salad adalah kes lokaliti dan tiada kena mengena dengan kejadian tanah runtuh.

"Ini turut disahkan oleh Setiausaha Agung, Persekutuan Persatuan-Persatuan Pekebun Sayur Malaysia yang harga sawi naik hari ini dan turun keesokan harinya bergantung kepada permintaan dan harga akan stabil jika cuaca sudah pulih," katanya.

Iklan

Kenyataan itu turut memberitahu, pemeriksaan oleh penguatkuasa KPDNHEP pada 21 September ke atas 685 premis meliputi semua rantaian bekalan iaitu di peringkat pengeluar, pemborong dan peruncit mendapati, bekalan sayur-sayuran di pasaran stabil dan mencukupi.

"Peniaga sayur dinasihatkan tidak menaikkan harga sewenang-wenangnya dan pengguna diminta turut memantau serta menyalurkan maklumat secara rasmi berkaitan salah laku peniaga yang melanggar undang-undang di bawah bidang kuasa KPDNHEP," katanya.

Iklan